15 April 2022

"NAK BALIK MALAYSIA TAK BOLEH... VIDEO CALL & KIRIMKAN DUIT BELANJA..." - BAPANYA SAKIT TENAT, SAJAT MOHON DOA



"Thank you so much to Australia government. Finally I got my travel document (passport).. OMG!! So happy dapat terbang ke awan biru, now Sajat Boleh lah terbang business trip dalam masa terdekat ini..


"Kalau nak balik malaysia tu, memang tak boleh.. dan untuk keluarga mak ayah Sajat, now ayah Sajat tak berapa sihat. Dari minggu lepas lagi ayah tak sihat.. Sajat kat sini video call dan dapat kirimkan duit belanja until keluarga..

"Apa apa pun, kaklong dan mak selalu update pasal hal ayah saya.. doakan baik baik untuk keluarga saya.. hope semua nya ok. Dan saya dapat passport ini pun, saya nak travel untuk business trip saya, memandangkan bulan 5 atau 6 ini kedai saya akan mula beroperasi..

Klik untuk gambar besar



"Kerja tetap kerja.. hidup perlu di teruskan.. untuk rezeki anak, amal dan keluarga tercinta saya," itulah tulis usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengesahkan kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lalu.

Bapa Sajat difahamkan kini berada dalam keadaan tenat. Perkhabaran itu dimaklumkan oleh adik Sajat iaitu Mustika menerusi satu perkongsian di Insta Story petang semalam.

Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu selepas mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Kata Sajat, dia berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: