24 May 2022

13 MEI LALU - HANNA AQEELA SAH BERGELAR ISTERI SELEPAS HAMPIR 8 TAHUN BERCINTA



"Alhamdulillah... Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR (hubungan jarak jauh) selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan," tutur pelakon Hanna Aqeela yang berkongsi berita gembira dimana dia kini sudah sah bergelar isteri kepada akauntan, Muhammad Farid Sakri dalam satu majli akad nikah yang diadakan di Putra Glass Hall Shah Alam, Selangor pada 13 Mei lalu.


"Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah... suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur.

"Saya dan suami merancang untuk berkahwin setelah keadaan kembali reda apabila negara berdepan dengan Covid-19. Kami menikah pada 13 Mei lalu disaksikan 100 tetamu manakala majlis resepsi pula keesokkan harinya di lokasi yang sama," tambahnya.

Klik untik gambar besar



Hanna, 32, berkata, selepas menjalani hubungan jarak jauh (LDR) bersama kekasihnya selama tiga tahun, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan dua minggu lalu.

Jelas Hanna lagi, bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh namun kepercayaan itu dibina setelah bertahun-tahun bercinta. Hanna ketika dihubungi media berkongsi, tema majlis perkahwinannya yang diidamkan sejak dulu lagi berjaya dilaksanakan.

"Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema 'ala ala garden' tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa 'outdoor' itu ke 'indoor'. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan," kata Hanna.









          ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: