09 May 2022

JUE AZIZ MUAT NAIK FOTO DI PELAMIN UNDANG TANDA TANYA



"Alhamdulillah," demikianlah kapsyen yang ditulis pelakon Jue Aziz dimana dia memuat naik gambar dua individu duduk di pelamin dan kelihatan seperti baru sahaja selesai dengan majlis pertunangan.


Foto tersebut yang dikongsikan menerusi laman Instagram itu sekaligus menuai pelbagai spekulasi dihujani komen netizen dan kenalan yang menitipkan ucapan tahniah kepadanya.

Namun begitu, Jue bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hantaran itu, sama ada itu adalah dirinya atau bukan memandangkan wajah wanita dalam gambar berkenaan, ditutup dengan bunga.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran terbaharunya, Jue ada memuat naik gambar tulisan tertera perkataan 'nephew' atau anak saudara lelaki, disertakan dengan emoji hati dan bunga mawar di ruangan kenyataan.

Media cuba menghubungi Jue untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan daripadanya, namun belum menerima sebarang maklum balas.

Pelakon filem 'Hantu Bonceng' itu sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 sebelum mengesahkan mengenai penceraiannya pada 2019. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Darwish.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: