19 June 2022

DIREMAN TIGA HARI - PELAKON LELAKI 30-AN DIDAKWA TUMBUK, TENDANG & UGUT 'GUARD' DI KONDO



Pada jam 8.30 malam Khamis, seorang pelakon terkenal lelaki berusia 30-an dilaporkan telah ditahan reman selepas didakwa menumbuk dan menendang seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek yang juga penghuni kondominium berkenaan telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika suspek meminta rakannya untuk membeli minyak masak. Katanya, ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

"Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ. Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa," katanya.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu saja, pelakon berkenaan juga telah mengugut mangsa untuk membunuhnya: "Selain itu, pelakon tersebut turut mencekik dan mengugut akan membunuh mangsa," jelasnya.

Menurut Habibi lagi, mangsa telah membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Sentul menangkap suspek di kediaman yang sama malam kelmarin.

Difahamkan, suspek pernah membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: