19 June 2022

"MAAF KAMI TERPAKSA RAHSIAKAN (PENYAKIT)..." - ANI MAIYUNI MAKLUM IMEJ KURUS ADIBAH NOOR ADALAH LEPAS RAWATAN



Dunia hiburan semalam telah dikhabarkan dengan berita duka dimana perginya seorang penyanyi dan pelakon hebat iaitu Adibah Noor selepas berjuang dengan sakit kanser ovari tahap 4 yang dihadapinya.


Sakitnya itu tidak diketahui ramai kerana Allahyarham enggan memperbesarkan hal terbabit dan mengetahuinya hanyalah keluarga serta rakan-rakan rapat sahaja.

Salah seorang rakan selebriti yang mengetahuinya adalah penyanyi Ani Maiyuni. Beliau memohon maaf kepada umum kerana telah merahsiakan penyakit yang dihadapi arwah. Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

Selepas saja demamnya datang dan pergi, dia memaklumkan arwah warded di hospital dalam tempoh yang lama dan itu membuatkan penyanyi ini berasa hairan, lalu menghubunginya dan mendapati Adibah hidap kanser serta baru saja selesai pembedahan.

"Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza. Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

Klik untuk gambar besar



"Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan C0V1D. Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu," katanya.

Ani berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi. Tambahannya lagi, kemunculan arwah baru-baru ini dengan penampilannya yang sedikit berbeza merupakan persembahan pertama beliau selepas jalani rawatan.

"Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat," jelasnya.

Untuk makluman, Allahyarham yang merupakan finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu difahamkan menghidap kanser ovari tahap empat, sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, petang semalam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: