30 September 2022

"PERBAGAI FITNAH TIDAK BERHENTI..." - USTAZ EBIT LEW SIFATKAN MAHKAMAH TEMPAT TERBAIK DEDAH KEBENARAN



"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari (perbicaraan) mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan, saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari. Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran yang sebenarnya.


"Mahkamah lah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti, apa sahaja perkara pasti akan ditolak," itulah ujar pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew ketika ditemui selepas berakhir sesi perbicaraan di Mahkamah Tenom di sini, semalam.

Ebit Lew mengakui sedih menghadapi perbicaraan itu dan berharap dapat mengakhirinya segeraz; "Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu. Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: