30 September 2022

PUTERI SARAH: "BERMADU BELUM LAGI & TAKKAN TERJADI PADA SAYA"



Pelakon Puteri Sarah Liyana yang membawa watak Bibi dalam pementasan Teater 'Maduku Terpaling Kalut' itu menafikan kisah teater itu ada kaitan dengan kisah rumah tangganya.


Ia susulan perkahwinan Puteri Sarah dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga. Jelas Puteri Sarah lagi, jalan cerita dalam teater itu yang memaparkan watak Bibi bermadu dan ianya tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenarnya.

"Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang. Teater ini Maduku Terpaling Kalut, ia belum lagi dan takkan terjadi pada saya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pada pementasan itu, Puteri Sarah yang pertama kali terbabit dalam bidang teater dilihat berjaya melontarkan emosi dan lakonan yang cukup baik. Kata ibu kepada dua cajaya mata itu, dia mahu membuktikan bahawa dia boleh berlakon, tidak hanya sekadar cantik semata-mata.

"Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.


"Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah," tuturnya.

Mengenai pembabitannya pada teater itu, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia hampir menarik diri pada saat akhir.

"Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri sampai menjerit dan tak nak berlakon. Saya minta produksi mencari pelakon lain. Penerbit pun cakap dua hari lagi nak pementasan. Ketika itu saya memang 'blank'. Tapi mereka nasihat dan bagi motivasi, jadi saya buat. Alhamdulillah, semuanya okay," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: