Pelakon Puteri Sarah mengakui sehingga kini tidak tahu dan masih menunggu ketika ditanya mengenai perkembangan aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, dia berharap Jawi dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.
"Saya tak tahu dan masih menunggu apa hasil siasatan pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Sehingga sekarang saya pun masih tak tahu apa status dan perkembangan aduan saya itu.
Klik untuk gambar besar
"Ini kerana pihak Jawi sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas. Cuma, apa saya tahu mereka sudah memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Selepas itu senyap dah.
"Sebenarnya ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara ini. Saya pun tak tahu nak jawab apa, sebab yang menjalankan kerja adalah mereka. Sebagai pengadu saya hanya boleh tunggu dan lihat.
"Cuma, apabila fikir balik, rasanya sudah agak lama kes ini disiasat, jadi saya tertanya-tanya juga apa sudah jadi? Sudah ada keputusan belum? Atau macam mana?" jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.
Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar dipanggil ke pejabat Jawi. Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.
Kemudian, akhbar ini pada 20 Ogos lalu melaporkan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
________________________
No comments:
Post a Comment