17 October 2022

IBU NAFI TUDUHAN ISMAIL IZZANI KAHWIN SENYAP-SENYAP SELEPAS HAMILKAN SEORANG GADIS



Nama seorang penyanyi popular yang menjadi kegilaan gadis itu sebelum ini hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan sudah berkahwin dengan seorang gadis kerana sudah terlanjur.


Malah, sumber turut mengirimkan gambar memaparkan penyanyi itu bersama seorang gadis cantik jelita dan kedua-duanya sedondon memakai pakaian serba putih.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga ada pihak mengaitkan individu berkenaan dengan penyanyi Ismail Izzani apabila tular gambar didakwa majlis perkahwinan selebriti itu bersama seorang wanita.

Enggan berdima diri, ibu kepada penyanyi berkenaan iaitu Datin Suliza Saman tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menerusi edaran DM Instagram mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam selepas menghamilkan seorang wanita.

Menurut Datin Suliza, gambar tersebut diambil ketika anaknya menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel iaitu anak Datuk Jamal Yunos, baru-baru ini.

"Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.

Klik untuk gambar besar



"Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa..kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Datin Suliza berkata anaknya tidak melenting apabila mendapat tahu tentang hantaran DM berkenaan kerana dia tidak melakukan perkara tersebut.

"Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan, yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

"Tapi, dia relaks je, katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu. Dia takda masa lah nak buat seks rambang, dia pun ada agama.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada anaknya itu sedang menjalinkan hubungan atau single, Datin Suliza menjawab: "Selagi dia belum bertunang atau berkahwin... dia single, tanya jelah dia," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: