26 October 2022

"MAAF ATAS SALAH SILAP SEBELUM INI..." - PU ABU SEBAK ISTERI TETAP SETIA, BERI BAYANGAN 2023 BAKAL TIMANG CAHAYA MATA BARU



Rumah tangga pencetus ummah, PU Abu Sufyan beberapa tahun lalu hangat diperkatakan selepas dia pernah menceraikan isterinya yang sedang hamil, Ain Afini dan bernikah dengan seorang janda.


Susulan tindakannya itu, PU Abu dikecam teruk oleh netizen apatah lagi menceraikan isterinya yang sedang hamil. Malah, perkahwinan keduanya juga tidak bertahan dan difahamkan mereka telah berpisah selepas setahun bersama.

Baru-baru ini, perkongsian PU Abu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar mereka sekeluarga serta menitipkan penghargaan buat isteri tercinta, Ain Afini, selain memohon maaf di atas semua kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menerusi entri itu, PU Abu turut meluahkan rasa syukur mempunyai wanita hebat dan setia disisinya. PU Abu berkata jika 'wanita biasa' pasti sudah angkat kaki apatah lagi sudah banyak kali dia membelakangkan wanita itu.

Klik untuk gambar besar



"Terpaling rindu, terpaling setia, terpaling sayang. Maaf atas salah silap sebelum ini Ain Afini. Benar kata orang, menyayangi orang yang kita sayang itu biasa, tetapi menyayangi orang yang menyayangi kita itu luar biasa," kata PU Abu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan gambar mereka berdua yang ketika ini berada di Tanah Suci Makkah.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza di laman Instagram, PU Abu memberitahu dia berasa sebak apabila terkenangkan liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh isteri ketika rumah tangga mereka 'panas' sebelum ini.

PU Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, turut menyifatkan kesabaran dimiliki oleh Ain persis Allahyarham ibunya dan tetap berada disampingnya meskipun pelbagai hal berlaku.

"Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami.


"Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anakmu," tuturnya.

Perkongsian PU Abu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap pendakwah itu akan menjaga serta lebih menghargai isterinya dan menjadikan perkara lalu sebagai pengajaran.

Sementara itu, dalam hantaran sama, PU Abu turut memberi bayangan isterinya sedang hamil anak ketiga mereka dan bakal menimang cahaya mata pada Januari 2023: "InsyaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit," tulisnya.

Untuk makluman, hasil perkahwinan dengan Ain, PU Abu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, 4 dan Muhammad Aryan 'Afi, 3 tahun. Manakala dengan Hana, mereka mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia dua tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: