"Dah release guys!!! Music Video Sejenak Sendiri ni boleh kalah kan penari Dato Aliff Syukri tak?? Full video di youtube nagaswara official. Tq 🥰 ni untuk market Indonesia ya 😘😘😘 #babyshima #sejenaksendiri #adanampakmummyhappy."
Tulis penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima pada sebuah video sedutan video muzik (MV) lagu terbarunya berjudul 'Sejenak Sendiri' yang sudah pun dilancarkan menerusi laman Instagram miliknya.
Perkongsian Baby Shima yang dimuat naik baru-baru ini itu sekali lagi menjadi perhatian. Dalam video tersebut, Baby Shima dilihat sedang asyik berjoget sambil dikelilingi tiga penari lelaki yang hanya memakai seluar dalam namun masih berbaju.
Klik untuk gambar besar
Mungkin sedar video tersebut bakal dikecam netizen, Baby Shima bertindak menutup ruangan komen posting berkenaan. Bagaimanapun hasil tinjauan mendapati tiada adegan penari berseluar dalam di dalam muzik video 'Sejenak Sendiri' seperti yang dikongsikan di Instagram.
Sebelum ini, Baby Shima berkata dia akan terus menjadi diri sendiri serta melakukan apa yang diminatinya, Meskipun perkongsiannya sering dikecam.
________________________

No comments:
Post a Comment