18 January 2023

ADAM CORRIE DEDAH PERNAH TOLAK TAWARAN BUAT TARIAN TIANG: "KETIKA ITU SAYA SUDAH PELUK ISLAM & RASA WAS-WAS"



"Dulu saya pernah dapat tawaran buat persembahan. Saya tanya itu persembahan apa? Dia kata persembahan tarian tiang dan tawaran itu memang sangat-sangat lumayan.


"Ketika itu saya sudah memeluk Islam dan rasa was-was. Saya pun rujuk kepada ustaz dan dia kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat. Saya hubungi semula orang itu dan saya tolak tawaran itu.

"Sejak itu saya berhenti membuat persembahan (tarian) dan mengajar orang menari. Alhamdulillah, saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.

Itulah kata pelakon Adam Corrie, 55, yang mendedahkan tawaran membuat persembahan tarian tiang menjadi punca dia membuat keputusan untuk berhenti menjadi penari dan mengajar tarian sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut pelakon filem 'KL Gangster' itu, dia meluahkan rasa syukur apabila tawaran itu menjadi titik besar dalam hidupnya untuk meneruskan kelangsungan mencari rezeki yang lebih berkat.

Perkongsian itu dibuat Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah ketika menjawab sebuah soalan di TikTok yang menyuruhnya cuba lakukan tarian tiang.

Untuk info, Adam yang memeluk Islam lebih 15 tahun lalu itu cukup popular sebagai guru tari dalam industri hiburan sebelum mencipta nama sebagai pelakon.



________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: