18 January 2023

TIBA DI MAHKAMAH - SHARNAAZ AHMAD BAKAL DIDAKWA HARI INI



Pada jam, 9.30 pagi Rabu, pelakon, Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini ditahan kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut itu dilihat telah pun tiba di Mahkamah Majistret di sini.


Bapa kepada seorang anak itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya. Pelakon terbabit yang sempat memberikan salam dan mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah itu akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan itu oleh pengawal keselamatan.

Ia disusuli pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon filem 'Juvana' itu memukul mangsa.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: