18 January 2023

"INSYA-ALLAH, MUNGKIN TAHUN INI" - SYAFIQ KYLE SAHKAN BAKAL NIKAH DENGAN MIMI LANA, SUDAH HADIR KURSUS KAHWIN



"Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.


"InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani nak sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

"Memangndangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi InsyaAllah, tahun inilah," jelas pelakon Syafiq Kyle yang mengesahkan dia dan kekasihnya, pelakon Mimi Lana bakal bernikah tahun ini.

Bagiamanpun, Syafiq memaklumkan tarikh majlis hari bahagianya belum boleh dikongsikan lagi kerana persiapan masih lagi sedang dilakukan. Syafiq turut berkongsikan, dia sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin dan mahu menyelesaikan perkara wajib terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar



"Soal persiapan buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadir.

"Saya sudah settle itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah," katanya.

Ditanya mengenai persiapan bakal isterinya, Syafiq berkata, setakat ini berjalan dengan lancar serta berharap urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

"Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya. InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-bak," ujarnya.





________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: