17 January 2023

BAKAL NIKAH MAC DEPAN - ZARINA ANJOULIE KONGSI MOMEN BELI CINCIN



"Alhamdulillah, hari ini selesai beli cincin kahwin. Minta you guys doakan ya. Terima kasih banyak-banyak sebab ramai wish dan beri moral support pada kami berdua," demikian tulis pelakon Zarina Anjoulie yang kini dilihat sedang sibuk mempersiapkan diri menuju hari bahagia.


Zarina menerusi Instagram dan juga Tiktok miliknya telah berkongsi momen dia bersama pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey sedang memilih cincin perkahwinan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instargram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju juga ditemani oleh kedua ibu bapanya yang turut sama membantu memilih cincin yang sesuai untuk disarungkan pada jarinya.

"Beli cincin hari ini dengan mak dan bapa saya. Terima kasih bakal suami ku @elzeyanjoulie moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan panjangkan umur awak. I love you so much (saya sangat cintakan awak)," katanya menerusi video tersebut.

Klik untuk gambar besar



Apa lebih menarik, bakal pengantin dilihat tidak ketinggalan menghadiahkan gelang tangan emas buat ibu tiri Anju.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut menitipkan doa buat kedua mereka selain tidak sabar menanti hari bahagia Anju bergelar isteri kepada Khazrul Elzey.

Difahamkan majlis merisik akan diadakan dalam tempoh terdekat, manakala pernikahan Zarina dan Khazrul Elzey pula pada Mac depan.



Pasangan tersebut sebelum ini sudah menempah persalinan pengantin untuk hari perkahwinan mereka, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu untuk pelakon itu.

Untuk makluman, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, telah dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara bakal suaminya yang juga ahli perniagaan pula berstatus duda yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Julia Sharapova.























________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: