16 January 2023

AIN AFINI & HANA AZRAA BUAT LAPORAN POLIS - HANA TAK ADA HATI JADI ISTERI PU ABU SEMULA: "SOAL NAFKAH ANAK PUN IKUT MODE DIA"



Berhubung muat naik yang dilakukan oleh bekas madunya, Hana Azraa menerusi laman sosial, baru-baru ini, isteri pertama kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini akui sudah hilang sabar.


"Saya sudah pun buat laporan polis buat kali kelima sepanjang empat tahun. Selama ini saya tak nak teruskan kerana memikirkan media sosial adalah tempat kamu mencari rezeki.

"Namun, saya tidak mahu lagi berurusan dengan narsistik. Kamu nak bergaduh dengan siapa pun itu masalah kamu, tapi sekali lagi kamu sentuh saya semula, saya akan ambil tindakan," kata Ain yng berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Isnin.

Sebelum ini, Hana mendakwa Abu masih lagi menganggunya dan memuat naik tangkap layar perbualan yang menunjukkan pendakwah bebas itu menghubunginya meluahkan rasa rindu.

Dalam pada itu, Ain meminta Hana memadam hantaran yang telah dibuat di media sosial atau bakal berdepan tindakan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Jika masih ada hantaran atau hantaran tersebut tidak diturunkan dalam tempoh 24 jam, tindakan akan dikenakan oleh SKMM. Saya tunggu izin, sekiranya sudah mendapat keizinan saya akan bongkar semua bukti di mahkamah. Mari kita bertemu di mahkamah," ujarnya.

Sementara itu, Hana juga tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kubang Pasu, Kedah pada Ahad. Selain bekas suaminya, Hana turut membuat laporan terhadap isteri pertama PU Abu dan meminta wanita itu supaya tidak masuk campur dalam urusannya.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci tentang laporan berkenaan. tetapi apa yang boleh dikatakan laporan pertama adalah meminta Ain tidak masuk campur kerana semua perkongsian saya di media sosial adalah berkaitan saya dan Abu.

"Dalam masa sama saya juga membuat laporan supaya Abu berhenti mengganggu saya," kata Hana sebelum itu menerusi Instastory mendedahkan Abu sering menghubungi dan cuba memujuk untuk kembali bersama selepas mereka bercerai pada 2020.

Jelas Hana, dia pernah bertemu Abu bagi menyelesaikan segala kemelut, namun ianya tidak menemui titik noktah apabila pendakwah itu masih berharap untuk kembali bersama.

Hana juga mendakwa bekas suaminya itu culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan jarang bertanya khabar mengenai anak mereka iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun.

"Bukannya kami tidak pernah duduk berbincang. Malah pernah menggunakan orang tengah seperti keluarga sendiri. Hasilnya sama sahaja. Masalah tidak akan selesai kalau dia masih utamakan perasaan mahu saya kembali.

"Soal nafkah anak pun ikut mode dia. Kalau dia nak dia akan beri. Ikut suka hati dia sahaja. Sebab itu apa yang saya buat sekarang ini adalah untuk perjuangkan hak Mateen. Itu adalah anak dia," tuturnya.

Dalam masa sama, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir turut meminta Abu memberikan kerjasama dan segera menyelesaikan kes penceraian mereka di mahkamah.

Menurut Hana, dia hanya memikirkan untuk membesarkan anak-anaknya saja dengan menjalin hubungan baik bersama bekas suami. Katanya, selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal, dia masih solo dan tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki.

"Lafaz cerai di luar mahkamah memang sudah buat cuma belum dapat pengesahan mahkamah. Susah hendak berurusan sebab dia jarang berada di Malaysia. Saya harap dia boleh beri kerjasama baik.

"Tak mungkin untuk saya kembali sebagai isteri Abu. Saya bahagia sekarang ini dan tidak mahu terlibat dengan kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini.

"Hati saya dah tertutup sangat untuk dia atas apa yang sudah berlaku, namun masih menghormatinya sebagai bapa kepada anak saya, Mateen, itu saja. Saya dah pernah tegur dan cakap baik-baik kepadanya, tapi tidak diendahkan.

"Dengan pendedahan di Instagram Story itu, saya harap dia boleh faham dan tidak perlulah mengganggu saya lagi. Saya hanya mahu kami berbaik kerana urusan anak saja dan tidak membabitkan perasaan langsung," ujarnya.

Tambah Hana, dia mahu anaknya, Muhammad Uwais Al- Mateeen, 3, membesar dalam suasana yang baik walaupun ibu bapanya sudah membawa haluan hidup masing-masing.

"Fokus saya hanya nak besarkan anak dan menjalani kehidupan bahagia dengan cara sendiri. Apa yang sudah berlalu itu, biarlah jadi kenangan dan saya berdoa agar ia tidak berulang lagi. Saya tidak mahu bermasalah dengan sesiapa. Cukuplah saya pernah membuat silap dulu," katanya.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: