16 January 2023

HINA MAHKAMAH, IRA KAZAR & KELUARGA BERDEPAN SAMAN - PEGUAM PUTERI SARAH: "KAMI AKAN MINTA MAHKAMAH UNTUK JATUHKAN HUKUMAN PENJARA & DENDA"



"Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari.


"Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan.

"Sebelum ini memang mereka telah melanggar namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya. Kali ini nampaknya memang pelanggaran yang paling dahsyat.

"Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai. Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi."

Klik untuk gambar besar



Itulah kata peguam kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Menurut Akberdin, isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan keluarganya melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan.

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu, sebelum ini pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu defendan.



Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Isnin. Mahkamah berkenaan kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan bapanya, pelakon Kazar Saisi.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: