16 January 2023

"SAYA LEGA... SYUKUR ALHAMDULILLAH, CUKUPLAH SEMBILAN TAHUN SAYA JADI ISTERI KEPADA MOHD SYAMSUL" - PUTERI SARAH



Pelakon Puteri Sarah yang nekad memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu memaklumkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan pada 7 Mac depan sebagai hari sebutan.


Kata Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.

"Kita mulakan (rumah tangga) 8 Mac, kita habiskan pun 8 Mac ini. Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. Sepuluh hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang saja bila di sana nanti.

"Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah tetapkan untuk tarikh prosiding memang cukup signifikan kerana sehari selepas itu pada 8 Mac genap ulang tahun perkahwinan kami.

"Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami.

Klik untuk gambar besar



"Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

"Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki. Sebenarnya poligami itu indah jika suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu.

"Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri. Apa yang saya boleh katakan, Alhamdilillah saya sudah menjalankan tangggungjawab sebagai seorang isteri.

"Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, saya jumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan. Saya melakukan solat istiharah agar diberi petunjuk. Saya yakin inilah jalan terbaik dan Allah sudah tunjukkan aturan ini," jelas Puteri Sarah.

Ditanya adakah dia sedia berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang, Puteri Sarah memberitahu, dia lega kerana sudah melakukan prosedur sepatutnya.



"Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Apa yang penting saya lega sudah memfailkan perceraian hari ini. Malah, Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial.

"Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran. Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar," ujarnya.

Puteri Sarah turut menjelaskan kedua-dua anaknya masih belum dimaklumkan mengenai proses hari ini.

"Anak-anak saya masih kecil dan rasanya mereka masih belum memahami apa yang terjadi. Mereka baik-baik saja dan kini sedang dalam penjagaan keluarga dan mentua," tuturnya.

Sementara itu, peguam kepada Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, permohonan cerai telah difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Ketika ditemui media, Akberdin meluahkan rasa asyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai yang dilakukan Puteri Sarah terhadap suaminya berjalan dengan lancar.

Akberdin juga berharap agar Syamsul dapat memberikan kerjasama selain menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

"Pihak kami sudah failkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan. Kami juga akan serahkan saman (tuntutan cerai) kepada Syamsul dan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama kami.

"Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan. Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses," katanya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: