16 January 2023

TARIK BALIK LAPORAN KES KEGANASAN RUMAH TANGGA - AVAA VANJA MAAFKAN BEKAS SUAMI, BIMBANG MERINGKUK DALAM PENJARA



"Sepanjang dua minggu ini hati saya tidak tenang. Saya diserang anxiety kerana asyik memikirkan hal ini. Saya takut dia (bekas suami) boleh dikenakan hukuman penjara kalau disabitkan kesalahan.


"Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya.

"Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri."

Demikian ujar pelakon Avaa Vanja yang mengambil keputusan menarik semula laporan terhadap bekas suaminya iaitu Amil Sulaiman berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Avaa atau nama penuhnya Avaa Vanja Mohamad Ramli, 43, yang enggan memanjangkan isu berkenaan berkata dia memaafkan bekas suaminya itu kerana perasaannya sentiasa dibelenggu rasa bersalah dan tidak tenang.

Terdahulu, Avaa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin bagi mendengar perbicaraan kes berkenaan. Sebelum itu, Avaa hadir ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur bagi menarik semula laporan dibuat dan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Memandangkan kes ini melibatkan penderaan dan keganasan rumah tangga, Avaa memberitahu timbalan pendakwa raya berhak untuk meneruskan perbicaraan.

"Jika perbicaraan diteruskan, saya tiada masalah untuk beri kenyataan. Malah laporan yang saya buat selama ini pun betul cuma bagi di pihak saya kes ini selesai kerana laporan ditarik semula.

"Apa yang berlaku pada masa akan datang saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Negara kita juga ada undang-undang. Semoga dia juga diberikan hidayah Allah," jelasnya.

Untuk makluman, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

Pada Oktober 2021, Avaa membuat laporan polis berhubung penderaan yang dilakukan oleh Amil terhadapnya dan anak mereka.

Pasangan ini kemudian sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: