17 January 2023

AL-FATIHAH - BAPA PUTERI AISHAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelakon Puteri Aishah atas pemergian bapanya, Sulaiman Hj Ab Rahman yang meninggal dunia kira kira jam 8:35 malam tadi.


Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi satu muat naik di laman Instagram Stories miliknya.

"Pada sesiapa yang mengenali ayah saya, Sulaiman Bin Hj Ab Rahman, ayah saya baru saja meninggal dunia jam 8:35 malam. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan yassin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, berita tersebut turut disahkan oleh pengurus Puteri Aishah iaitu Iman Tang. Namun punca kematian masih tidak dapat disahkan.

"Yup betul, ayah dia sudah meninggal malam tadi di Hospital Kuantan, Pahang. Tapi sakit apa dan punca itu saya masih tak dapat nak pastikan. Sebab saya text dan call dia tak jawab.

"Ya kita faham mungkin dengan keadaan masih bersedih sebab itu tak angkat. Jenazah berkemungkinan akan dikebumikan hari ini juga," kata Iman Tang ketika dihubungi Gempak.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: