17 January 2023

AKIBAT DADAH - ANAK PEREMPUAN PELAKON NOR ALBANIAH DIHUKUM PENJARA



Mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah, anak kepada pelakon Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman telah dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.

Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.

Untuk makluman, Syarra merupakan anak kepada Albaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud.

Pada 10 Jun 1996, Sudarman telah dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: