17 January 2023

"SIAPA DISEBALIK AKAUN TIKTOK BERKENAAN?" - ROSYAM NOR BUAT ADUAN KEPADA MCMC, BENGANG PIHAK LANGGAR PRIVASI KELUARGANYA



Pelakon Datuk Rosyam Nor yang juga pengarah dan penerbit meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melanggar privasi keluarganya.


Menurutnya, dia sudah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun terbabit.

"Siapa di sebalik akaun Tik Tok berkenaan? Terdesak sangat ke hendak mendapatkan 'like' dan 'followers'? Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?

"Saya tidak suka dan kurang gemar dengan apa yang berlaku ini. Selama ini saya tidak pernah memuat naik gambar isteri dan anak-anak bagi menghormati privasi mereka.

"Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut," ujar Rosyam.

Selain Rosyam, beberapa akaun di Tik Tok turut memuatkan gambar keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan banyak lagi. Menerusi akaun berkenaan, pelakon lelaki ini menzahirkan ucapan penghargaan buat isteri mereka.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: