15 January 2023

AKIBAT SESAK NAFAS - IBNOR RIZA KINI DIRAWAT DI HKL



Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat mengalami sesak nafas dan hampir pitam, semalam.


Keadaan Ibnor itu dimaklumkan penyanyi Nizam Laksamana menerusi Facebook miliknya. Nizam ketika dihubungi memberitahu, Ibnor bersama isteri mulanya mengambil anak mereka di Kerinchi untuk pulang ke rumah.

"Kawan-kawan yang dikasihi, ini sahabat kita Ibnor Riza. Sekarang dia di bilik isolasi HKL, menunggu pemeriksaan. Rentetan dari penyakit yang dialami tempoh hari, sekarang dia sakit kepala yang teruk (hampir pitam). Suara yang lemah, tiada selera makan dan tidak boleh bercakap macam biasa.

"Tekanan darah rendah, tidak boleh menelan makanan, juga beberapa simptom penyakit yang belum dapat diketahui secara detail (terperinci).

Klik untuk gambar besar



"Dia kemudian mengadu sakit kepala dan mereka kemudian terus mengejarkan Ibnor ke HKL. Sebelum ini pun dia sudah lama mendapatkan rawatan di klinik. Mudah-mudahan di HKL ini dapatlah dia dirawat secara menyeluruh.

"Marilah kawan-kawan, sama-sama kita doakan kesembuhan Ibnor. Mudah-mudahan ada doa dari kawan-kawan yang Allah perkenan, angkat doa kawan-kawan dan Allah sembuhkan dia dari apa jua sakit yang dialami," tuturnya.

Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Meneka Dalam Kesamaran' dan 'Mimpi Yang Tak Sudah' ini menderita akibat leher membengkak, hilang suara, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal.

Ketika dihubungi bagi bertanya lebih lanjut, Ibnor menjelaskan, dia mengalami masalah hilang suara dan leher membengkak sejak tiga bulan lalu. Dia kemudiannya berjumpa doktor pakar dan dimaklumkan ada sel mati yang membentuk nanah di dalamnya.

"Saya nak buat pembedahan dan kena ambil darah. Rupa-rupanya saya ada masalah kencing manis, darah tinggi, migrain dan kolesterol tahap kritikal. Namun, saya bersyukur buah pinggang dan jantung okey.

"Mula-mula bacaan gula dalam darah ialah 22. Sekarang menurun kepada 11.9," katanya yang hilang pendapatan kerana terpaksa menolak tawaran menyanyi, dek penyakit yang dideritainya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: