"Saya faham ada segelintir pihak prihatin, ambil berat dan risau jika saya sekali lagi disakiti. Saya hargai semua yang menghantar mesej dalam media sosial.
"Namun, saya kecewa apabila keluar berita tidak benar yang disebarkan dalam Facebook. Ini kerana Facebook adalah platform besar, ada keluarga di Sabah dan Singapura yang membacanya.
Ibu bapa mentua di Singapura masih bekerja, jadi ramai bertanya kenapa Aliff buat begitu kepada saya. Saya tidak marah, tetapi saya harap ia menjadi iktibar.
"Saya kasihan pada ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Kasihan apabila orang luar bertanya kepada mereka, sedangkan cerita tidak benar. Apabila orang cakap benda tidak baik, saya bimbang ia menjadi satu doa. Sebab percakapan boleh menjadi doa yang dimakbulkan.
Klik untuk gambar besar
"Saya berharap tiada percakapan tidak baik diberikan. Aliff berusaha berubah menjadi insan lebih baik. Saya juga mahu berubah bersamanya. Sebagai manusia, sudah tentu terganggu, lebih lagi, saya seorang wanita.
"Saya juga kasihan kepada sepupu saya, Wani Kayrie dalam program ini. Jika saya tidak dapat fokus, ia pastinya mengganggu keserasian kami. Jadi, saya selalu tolak tepi isu berkenaan. Saya pergi 'meeting' pun bawa anak-anak untuk alih perhatian.
"Sebenarnya Aliff sibuk dengan penggambaran, setiap hari. Saya berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi pelepasan kepada Aliff untuk datang, malam ini. Saya tidak pernah memaksa Aliff datang tengok persembahan saya. Bila Aliff dapat datang, saya sangat gembira.
"Untuk perkara yang terjadi, Aliff mahu saya fokus kepada program Famili Duo. Dia mahu saya membuat persembahan terbaik dan selesaikan tanggungjawab dalam program ini. Apa-apa isu berbangkit boleh berbincang kemudian," itulah ujar penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Mengulas lanjut mengenai gosip yang menghimpit penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang komen negatif, sebaliknya mendoakan yang baik-baik buat suaminya itu.
Di samping itu, Bella berkata, kontroversi berkaitan rumah tangga memberi kesan kepada persembahannya dalam program realiti, Famili Duo.
Tambah Bella, dia sangat menghargai usaha Aliff yang turut hadir memberi sokongan kepadanya semalam meskipun, suaminya itu sibuk dengan penggambaran.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment