16 January 2023

PUTERI SARAH NAMPAK CERIA, BERSEMANGAT TIBA DI MAHKAMAH: "TIADA PELUANG KEDUA UNTUK SYAMSUL"



Kira-kira pukul 10.25 pagi Isnin, pelakon Puteri Sarah Liyana telah tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam keadaan tenang dan ceria, ditemani oleh dua orang adiknya.


Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, yang mengenakan jubah hitam itu dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan penceraian dengan suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.

Ditanya mengenai tuntutan cerai tersebut, Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.



"Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul. Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad. Saya gembira dan bersemangat," tuturnya.

Ujar Puteri Sarah, dia juga gembira apabila dua adiknya itu hadir untuk menemaninya. Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

"Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau," katanya.



Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: