16 January 2023

DAKWAAN MASIH MENGGANGU BEKAS ISTERI - PU ABU ENGGAN ULAS, TEGAS KONFLIK ANTARANYA DENGAN HANA AZRAA TIDAK LIBATKAN ISTERI PERTAMA



"Maaf semua, saya akan terus berdiam untuk semua ini. Sebab saya tahu kedua-dua mereka. Saya mahu fokus kerja. Cuma dalam hal ini Ain langsung tidak terlibat.


"Ia antara saya dan Hana sahaja," kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang akhirnya tampil memberi respon berhubung isu didakwa masih menganggu bekas isterinya iaitu Hana Azraa

Enggan mengulas mengenai hal itu, Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 29, bagaimanapun menegaskan konflik antaranya dengan Hana tidak melibatkan isteri pertama iaitu Ain Afini.

Abu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Ahad itu memberitahu dia terpaksa memadam perkongsiannya di laman sosial sebelum ini kerana dilihat seperti membuka cerita tidak elok tentang konflik yang sedang berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Saya terpaksa padam story sebelum ini. Biarlah yang di dalam pekung itu terus duduk di dalam pekung. Saya di tempat baik, doakan yang baik-baik," jelasnya.

Dalam masa sama, status hubungan Abu dan Ain juga terus menjadi tanda tanya apabila tiada lagi gambar mereka bersama di laman sosial.

"Tiada gambar dengan Ain?" - "Dia dah hide semua gambar-gambar tu. Dah mula dah dia," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Sebelum ini, Hana mendedahkan bekas suaminya itu masih menghubunginya dan mahu bersama semula selepas mereka berpisah. Hana juga berkongsi beberapa paparan skrin perbualan menunjukkan Abu cuba memujuknya kembali menerusi pelbagai aplikasi seperti Whatsapp dan mesej Instagram.

Untuk makluman, Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun mereka berpisah selepas setahun berkahwin.

Abu juga pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan 'Afi.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: