23 January 2023

HANYA SEMPAT MENYUSU 2 MINGGU - ANAK SULUNG UYAINA ARSHAD ALAMI MASALAH 'TONGUE-TIE' (LIDAH PENDEK)



"Saya mula sedar Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama kelahirannya. Dia mempunyai kesukaran untuk latch. Bila menyusu badan sahaja dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam memaksa pula.


"Sebab lepas dua tiga kali dia latch, dia akan lepaskan. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya," itulah kata pelakon dan pengacara Uyaina Arshad apabila dia hanya berpeluang menyusukan anak sulungnya, Raja Urhan kurang daripada dua minggu disebabkan masalah tongue-tie atau ankyloglossia (lidah pendek).

Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang di muat naik di laman Instagram, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, berkata, dia mula menyedari masalah yang dihadapi oleh anak lelakinya itu sejak minggu pertama kelahirannya.

Tambah Uyaina, setiap kali menyusukan Urhan, anaknya akan menangis seolah-olah dipaksa sehingga dia terpaksa menghentikan proses menyusu badan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Uyaina menjelaskan, dia telah membawa anak ke hospital dan menggunting sedikit bahagian bawah lidah untuk mengurangkan masalah tongue-tie tu.

Bagaimanapun kata Uyaina, Urhan masih lagi belum dapat menyusu dengan baik dan apabila dibawa semula ke hospital rupa-rupanya tongue-tie tersebut tidak dilepaskan sepenuhnya.

"Doktor kata perlu buat pembedahan tapi kena tunggu dia besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu.

"Sejak daripada itu, saya mula beri dia susu formula. Mula-mula tu campur dengan susu badan tetapi lama-lama susu makin kurang sampai dah tak perlu pam," ujarnya.



Mengulas lanjut tentang perkara itu, Uyaina tidak menafikan isu menyusu badan adalah satu perkara sensitif terhadap golongan ibu, kerana katanya setiap individu mempunyai rezeki masing-masing dan paling penting adalah anak-anak mereka dapat membesar dengan sihat dan baik.

"Isu fasal menyusu badan ini adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdulillah anak dapat menyusu dengan baik dan susu pun banyak.

"Saya hanya ingin katakan, tidak mengapa para ibu. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Kita dah cuba dan usaha. Yang penting anak kita sihat dan membesar dengan baik," katanya.

Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Shahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: