Menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, gelagat penyanyi Shila Amzah bersama selebriti media sosial, Ubaidillah atau dipanggil Ubai telah mencuri perhatian netizen.
Dalam video tersebut, kelihatan pelantun lagu 'Memori Tercipta' itu duduk bersebelahan dengan Ubaidillah atau dipanggil Ubai sambil menyanyi ketika sesi live di TikTok.
Ketika sedang berborak dengan Ubai, Shila dengan tidak sengaja terpanggil lelaki berkenaan dengan panggilan 'Yang' singkatan kepada sayang.
"Yang seriously telinga saya dah berdarah dah ni. Awak boleh berduet dengan dia Yang," kata Shila.
Klik untuk gambar besar
Shila bagaimanapun dilihat gelabah apabila menyedari bahawa dirinya sudah 'terkantoi', lalu penyanyi berusia 33 tahun itu cuba untuk 'cover' balik ayatnya itu, manakala Ubai pula tersipu malu.
"Yang mana eh yang nyanyi tadi. Yang tu kan yang colour pink tu. Yang itu lah," ujar Shila lagi.
Tindakan Shila itu telah menerima 'usikan' daripada netizen dimana rata-ratanya tumpang gembira, malah ada yang mengucapkan selamat pengantin baru.
Apa pun, jika benar Shila sudah temui pengganti, tahniah diucapkan. Semoga hubungan cinta Shila dan Ubai berakhir ke jinjang pelamin.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment