09 February 2024

ABBY ABADI : "LAW4N SEMUA DENGAN DOA" - NORMAN HAKIM PILIH 'KUNCI MULUT'



"Bismillahirrahmanirrahim. Law@n semua dengan doa," itulah tulis pelakon dan penyanyi Abby Abadi menerusi perkongsian di Insta Story.
Bagaimanapun, Abby yang dilihat masih mengunci mulut mengenai isu perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, tidak mengulas lanjut mengenai kata-kata yang dimuat naiknya itu atau ditujukan kepada siapa.

Sejak akhir-akhir ini, hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi yang didakwa sudah menjadi isteri kedua lelaki bernama Aslam, selepas mereka dikatakan berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember lalu.

Klik untuk gambar besar
Malah, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan turut tampil mengesahkan suami adiknya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania pada Disember lalu.

Sementara itu, Norman Hakim pula memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas kontr0versi berbabitkan Marissa, walaupun berdepan ujian hebat apabila terbongkar kisah perkahwinan anak perempuannya itu.
Meninjau ke akaun Instagram miliknya, Norman sebaliknya mengajak pengikut untuk melakukan amalan berzikir bagi mengingati Allah SWT.

Kalimat zikir yang dikongsikan itu pula menghadiahkan ganjaran pahala yang cukup ber@t dan sangat dicintai oleh Allah.

"Subhanallahil 'Azim (Maha Suci Allah Yang Maha Agung)," kongsinya yang meminta pengikut untuk berzikir sebanyak 1,000 kali.
Dalam pada itu, kelibat Marissa yang tidak kelihatan dalam hantaran terbaharu Norman sempena ulang tahun anak lelakinya, Awishz, sekaligus menc£tuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka ketika ini.

Media cuba berhubung dengan Norman bagi mendapatkan maklumat dan komen lanjut mengenai kisah tular perkahwinan anaknya bersama Aslam, namun panggilan telefon dan mesej WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.

Sebelum ini, Marissa dikatakan sudah berhenti mengikut akaun media sosial kedua ibu bapanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: