27 February 2024

INI JAWAB SHARNAAZ ISU STATUS HUBUNGAN DENGAN AMELIA CHRISTIE SELEPAS DIKATAKAN SALING 'UNFOLL0W' DI IG



"Unfoll0w? Tak tahulah, pertama kali saya tak boleh jawab. Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

Amelia wanita yang baik. Namun nak kata kami ada hubungan, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, p£ning juga.

"Tapi saya faham mungkin orang ramai mula membuat sp£kulasi apabila kami bercuti bersama di Jepun. Malah ramai juga yang mendoakan hubungan kami.

"Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia. Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam mer£pek.

"Kadangkala sebab inilah saya tak mahu berkongsi mengenai hubungan cinta sebab ris@u ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan ser@but begini."

Klik untuk gambar besar

Ujar pelakon Sharnaaz Ahmad, 39, yang enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan pelakon Amelia Christie selepas dikatakan saling 'unfoll0w' di Instagram.

Jelas Sharnaaz, hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik dan pada usianya sekarang tidak sesuai bercakap mengenai soal cinta.

Malah, tambah pelakon itu lagi, dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan Amelia, selain berkata, dia tidak menolak andai diberi rezeki untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Dalam pada itu, bekas suami kepada kakak selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila ini turut memberitahu, keutamaannya kini adalah pada anak tunggalnya, Jebat Jayden.

"Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey. Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duit dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: