15 March 2024

ADIRA TITIP UCAPAN 'BIRTHDAY' BUAT BELLA, TERUS BERI SOKONGAN - ZARINA ZAINUDDIN DOA BELLA BERSATU SEMULA DENGAN ALIFF AZIZ



Sempena ulang tahun kelahiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang ke-30, hari ini, penyanyi Adira Suhaimi telah menitipkan ucapan, selain berkata, dia juga sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada Bella yang sudah dianggap seperti adiknya itu ketika berd£pan dengan masa,@lah rumah tangga ketika ini.

"Selamat ulang tahun adikku. Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak-anak. Akak sayang adik dunia akhirat," tuturnya menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, Adira, 32, turut memuat naik video ketika dia berada di tempat kejadian dimana suami Bella iaitu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz didakwa ditangk@p khalw@t bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di sini, Sabtu lalu.

Video tersebut juga memaparkan Adira sedang memeluk dan menenangkan Bella yang menangis ketika itu dan perkongsiannya itu mendapat perhatian pengikutnya di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan turut bersedih dengan nasib yang menimpa Bella.

"Kasihan sekali menjelang 'birthday', 'hadiah' dari suami ialah s£lingkuh dan ditangk@p khalw@t. Jangan menol£h ke belakang lagi Bella."

"S@kitnya dia. S@kit yang sangat dalam dapat hadiah 'birthday' macam ni. H@ncur hati dia tu kita boleh rasa.

"Bina hidup baru Bella. Ada kehidupan jauh lebih bahagia dan seronok menanti Bella. 'Stay strong'," itulah antara kata-kata netizen.

Sementara itu, pelakon senior, Zarina Zainuddin, 53, menyifatkan perpisahan Bella dan Aliff hanya bersifat sementara, selain berkata, jika bercerai sekalipun, tidak must@hil mereka akan rujuk semula kerana mempunyai anak.

"Orang yang 10 tahun kahwin bercerai pun selepas itu ada yang rujuk balik sebab keserasian antara mereka kuat. Jadi, kita tak boleh kata dia bercerai lepas itu jadi sebaliknya.

Klik untuk gambar besar

"Mungkin bercerai itu untuk mereka mengenali diri sendiri. Misalnya, Bella fikir Aliff tak perlu ada dalam hidup dia dan begitu juga sebaliknya. Masa itu masing-masing baru tahu kekur@ngan yang ada dan muhas@bah diri.

"Mungkin dengan cara berpisah sekejap akan membuatkan sal@h seorang mereka saling merindu serta saling memerlukan," ujar Zarina yang turut memberitahu, apabila berlaku perceraian sudah pasti anak-anak akan menjadi m@ngsa dan perkara ini amat menyedihkan.

"Siapa nak duduk dengan mak atau bapa tiri? Tak sama kasih sayang mereka seperti ibu bapa sendiri. Saya doakan semoga Bella dan Aliff bersatu semula. Insya-Allah satu hari nanti kerana mereka masih muda.

"Bella kalau sayangkan Aliff, sayangkan anak-anak, dia kena buat peng0rbanan. Memang kadang-kadang banyak yang mengh@sut supaya bercerai, buat apa hidup dengan lelaki sebegitu.

"Sebenarnya Bella sendiri yang tahu Aliff macam mana. Kenapa dulu dia boleh terima Aliff. Sekarang Bella nekad bercerai, bagilah dia cerai dulu. Nanti kemudian Bella kena fikir mana yang terbaik untuknya," katanya.

Tambah Zarina lagi, dia tidak suka orang yang bercerai dan apabila terjadi mas@lah, mudah untuk memilih jalan perceraian.

"Tak dapat apa pun bercerai. Kalau kita boleh bertah@n, pertah@nkan rumah tangga kita, pertah@nkan m@ruah suami kita. Kita tak tahu betulkah dia buat benda tak el0k. Jadi tak boleh nak nilai macam-macam. itu adalah antara dia (Aliff) dan Allah saja.

"Kita tak berada di situasi mereka. Memanglah mereka kena tangk@p berduaan. Tapi kita tak tahu, tak nampak apa yang mereka buat dalam rumah itu.

"Betulkah mereka buat sesuatu? Atau sedang berbincang, berbual sambil tengok TV, itu kita tak tahu. Ia berlaku sebab mereka kawan rapat dan 'sho0ting' sebagai hero dan heroin. Tapi tak tahulah kalau mereka 'terbercinta' kerana itu di luar kotak fikiran kita," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: