28 March 2024

SELEPAS BAPA, IBU PULA MENINGGAL DUNIA - PUTRA AMARIS AKUI HILANG SEPARUH NYAWA



"Ini adalah Ramadan dan Aidilfitri keenam tanpa abah dan yang pertama tanpa emak. Jujurnya tak pernah terlintas di fikiran yang saya akan kehilangan emak, tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir.
"Rasanya hilang separuh jiwa saya dengan apa yang terjadi, tapi hidup perlu diteruskan. Berbekal semangat dan nasihat mereka berdua, saya jalani kehidupan hari ini dan semangat mereka tetap hidup dalam jiwa saya selamanya.

"Semua kini tinggal kenangan. Pada hari raya, masakan mak yang paling saya rindu ialah ayam masak merah dengan pajeri nanas," demikian kata pelakon Putra Amaris.

Difahamkan, Amaris kehilangam bapa tercintanya iaitu Ismail Naim pada 1 Februari 2018. Allahyarham meninggalkan mereka enam beradik dan ibu, Hajar Hasnah Sahli.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya Amaris dan adik-beradiknya masih boleh menumpang kasih sayang seorang ibu setiap kali tibanya Ramadan dan Aidilfitri.

Namun, pada 18 Februari lalu, ibunya pula pergi menghadap Ilahi, sekali gus menjadikan sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak seceria dulu.

Ujar Amaris, selepas Ramadan berlalu, Syawal akan menjelma, berhubung itu, dia rindu untuk memeluk ibunya pada pagi yang mulia itu.

"Saat meminta maaf pagi raya itu dah tak dapat lagi. Mak dan ayah banyak bagi nasihat setiap masa. Jadi saya sangat rindu semua itu. Benarlah mak ayah ini tiada ganti dan tiada siapa pun boleh gantikan.

"Hargailah setiap saat bersama mereka. Semangat arwah mak dan ayah sentiasa bersama, sekali gus menjadikan saya kuat h@rungi kehidupan.

"Malah, saya teruskan dengan berbakti berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan menerusi satu pertubuhan amal bersama Tyzo Zander. Moga ia dapat beri manfaat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: