04 May 2024

DIDI ASTILLAH : "JADI INILAH RANCANGAN TERAKHIR NAK J4TUHKAN KAK LONG (BELLA ASTILLAH)... SAMPAI HATI ABANG (ALIFF AZIZ) T1PU ORANG UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI & SI R"



Semua sedia maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Aliff Aziz, baru-baru ini, dimana dia akhirnya tampil mempertahankan diri, selepas lebih sebulan berdiam diri.

Menerusi kenyataannya di p0dcast The Common Folks yang dimuat naik di Youtube, penyanyi dan pelakon yang berasal Singapura itu berharap segalanya dapat berakhir dengan baik.

Berhubung kenyataan Aliff itu, adik kepada Bella Astillah iaitu pelakon Didi Astillah telah meluahkan rasa kec£wa dengan tind@kan abang iparnya itu.

Ini kerana dakwa Didi, Aliff tergam@k memberikan kenyataan tidak benar mengenai hubungan rumah tangganya dengan Bella semata-mata untuk membela serta menjaga nama baik pelakon Ruhainies.

Ujar Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, pendedahan yang dibuat Aliff ini adalah sal@h satu rancangan untuk menj@tuhkan kakaknya.

"Jadi inilah rancangan terakhir nak j@tuhkan kak long (panggilan Bella) lepas pakai cyb£r-tr0pper tak berjaya. Sampai hati abang (panggilan Aliff) t1pu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R (Ruhainies)," tutur Didi.

Menurut adik Bella itu lagi, dakwaan Aliff yang mengatakan sudah sedaya upaya memberikan layanan bak puteri kepada Bella dalam temu bual p0dcast itu hanyalah bersifat sementara sebelum bertemu dengan Ruhainies.

Jelas Didi, abang iparnya itu perlahan-lahan berubah sikap selepas menjalani penggambaran dengan Ruhainies sehingga menukar kata kunci telefon bimbitnya.

"Layanan persis puteri yang awak (Aliff) cakap sudah bagi dekat kak long hanya untuk beberapa bulan sehinggalah awak menjalani penggambaran dengan si R (Ruhainies) dan mengubah kata kunci telefon bimbit," katanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Didi turut berkongsi tangk@p layar perbualan mesej Aliff bersama seorang individu yang dikenali sebagai NRF yang didakwa merujuk kepada Ruhainies.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada perkongsian tersebut, Aliff seolah-olah meminta pandangan daripada individu itu untuk meneruskan perancangannya selepas terp@lit dengan kontr0versi tangkap khalw@t.

"Ibu bapa saya menasihatkan sekiranya perancangan kita tidak berjaya, saya terpaksa mengambil langkah akhir untuk memberi kenyataan," ujar Aliff.

NRF bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Aliff dan memberitahu pelakon berkenaan perlu membuat kenyataan secara bersemuka supaya masyarakat dapat melihat kejujuran yang ingin diucapkan.

"Ya, awak (Aliff) kena cakap berdepan biar orang tengok muka awak. Cara awak itu boleh nampak kejujuran awak bila bercakap," tulis NRF pula.

Dalam pada itu, Didi turut mendakwa Aliff mula berubah sikap selepas mengenali Ruhainies.

Lebih menguatkan perkara itu, Didi berkongsi tangkap layar perbualan mesej yang dipercayai oleh Bella kepada Aliff meminta suaminya untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Kemudiannya, Bella menghantar foto anak-anaknya yang bertanyakan mengapa Aliff tidak keluar bersama mereka lagi.

Melihat pada hantaran itu juga, Didi menyertakan bukti foto hubungan Bella dan Aliff berada dalam keadaan baik pada November tahun lalu.

Ia bertentangan dengan kenyataan Aliff dalam temu bual p0dcast sebelum ini, dimana dia memberitahu hubungannya dengan Bella mula rengg@ng sejak 13 November tahun lalu.

Untuk makluman, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang bersuai 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: