09 May 2024

ENGGAN SIA-SIAKAN PELUANG KEEMASAN DIBERI SEARCH - AMIR MASDI BAKAL TAMBAT HATI PEMINAT ROCK, TAK KISAH JIKA DIBANDINGKAN



"Saya tidak mahu sekadar hafal dan menyanyi, namun, tiada j1wa dan em0si ketika konsert. Lebih-lebih lagi untuk konsert rock, audio dan visual perlu 'dikahwinkan' atas pentas. Saya tidak mahu sekadar l0ntar lirik.
"Ada lagu yang saya sudah biasa nyanyi. Namun, ada juga lagu yang belum pernah saya dengar. Jadi, saya kena sentiasa dengar untuk membiasakan diri dengan lagu berkenaan."

Itulah tutur penyanyi Amir Masdi yang enggan mensia-siakan peluang keemasan itu, sekali gus menambat hati peminat rock apabila bakal mempersembahkan 16 buah lagu yang pernah dipopular kumpulan Search.

Peluang keemasan yang ditawarkan kepada penyanyi berbakat besar itu untuk mengetuai konsert kumpulan rock legenda ini di Zepp Kuala Lumpur depan adalah hadiah yang cukup berharga.

Mengakui tert£kan untuk menghafal setiap lagu kumpulan otai itu, Amir bagaimanapun akan manfaatkan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Tambah penyanyi berusia 28 tahun itu lagi, sejak kecil dia sering mendengar lagu Search yang terus berkumandang di cor0ng radio, mahu pun di acara hiburan.

Biarpun bakat baharu bersilih ganti, tapi pemb@bitan Search terus diingati, selain mempunyai peminat yang begitu setia terhadap band itu.

Dalam pada itu, Amir yang enggan menjanjikan bulan bintang, bagaimanapun berharap dapat menambat hati peminat kumpulan rock terb@bit.

"Saya akan cuba pastikan penonton daripada generasi kegemilangan Search pada era 1980-an dapat rasa ada 'connection' dengan saya.

"Jadi ketika konsert itu berlangsung saya akan cuba menggunakan kesempatan itu untuk sentiasa berinteraksi dengan peminat supaya keberadaan mereka dihargai," katanya.

Disamping itu, Amir berkata, dia tidak kisah jika dibandingkan dengan vokalis terdahulu band itu kerana baginya, setiap penyanyi ada cara tersendiri.

"Saya tidak kisah dibandingkan. Saya akan cuba sampaikan lagu Search dengan cara tersendiri. Saya mungkin akan cuba sampaikan lagu pada malam itu dengan nafas baharu," ujarnya.

Konsert Search Gemuruh turut menampilkan Kid dan Din bersama Min (dram) dan Rozaimie (pemain bass Barbarik sebagai Sessionist).

Segmen persembahan khas pula akan menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl (X Factor Indonesia)

Keseluruhan konsert dijangka mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit dengan persembahan 16 lagu tanpa henti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: