21 May 2024
ZIZI KIRANA JELAS DIA PAKAI NIQAB UNTUK MAJLIS TERTENTU
Penyanyi Zizi Kirana tampil menjelaskan kek£liruan orang ramai berkenaan penampilannya yang kadang-kadang berniqab.
Zizi yang dilihat tidak berniqab apabila menyertai program realiti, 'The H@rdest Singin Show' itu berkata, dia sudah bertanyakan kepada beberapa pihak mengenai pemakaian niqab dan dia akan mengenakannya dalam majlis tertentu serta majlis ilmu.
"Saya dah bertanyakan kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana kadang-kadang saya juga k£liru. Saya selalu pakai niqab ketika hadir ke majlis-majlis tertentu terutanmanya majlis ilmu supaya lebih fokus," ujarnya.
Dalam pada itu, Zizi turut menjelaskan, ustazah juga memberitahu, tidak mengapa jika ada masanya memakai niqab kerana apa yang penting menutup aurat yang wajib.
"Saya tanya tak apakah kalau saya pakai sekejap, ustazah kata tak mengapa sebab yang wajib tutup aurat kita, kecuali muka dan tapak tangan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment