27 June 2024

"TERIMA KASIH, DATANG JENGUK PAPA DALAM KEADAAN BEGINI & PAPA SANGAT HARGAINYA... DAPAT JUMPA DUA CUCU" - ISMA ALIF LUAH RASA SYUKUR DAPAT JUMPA ANAK SULUNG



Selepas lebih setahun tidak berjumpa, pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff, 60, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat berjumpa dengan anak sulungnya, Nor Ismalina ketika sambutan Aidilfitri lalu.
Difahamkan, anak sulung Isma datang bersama suami dan dua anak mereka. Bagaimanapun, anak keduanya pula, Mohd Alif belum lagi menziarahinya kerana dia kini menjaga ibunya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak.

"Terima kasih, datang jenguk papa dalam keadaan begini dan papa sangat hargainya. Alhamdulillah, yang penting saya dapat jumpa dua cucu.

"Kepada dua anak, Nor Ismalina dan Mohd Alif, papa doakan semoga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat," tutur Isma yang turut berkata, anak-anak itu sudah setahun tidak datang menjenguknya.

"Saya sangat gembira apabila anak sulung datang jenguk sebab sudah lama tidak berjumpa dengannya dan dia juga nampak sihat saja. Kami tetap berhubung melalui telefon. Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya?

"Sejak dia kahwin (anak sulung) dan saya s@kit, kira-kira setahun kami tidak berjumpa. Mungkin dia ada perkara yang tidak dapat diel@kkan sebelum ini.

"Cuma Mohd Alif belum datang menjenguk saya lagi sebab dia sekarang menjaga ibunya. Mungkin, kalau ada kelapangan nanti, dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana (Ulu Kinta) untuk berjumpa dengannya.

"Setakat ini, saya belum berhubung dengannya kerana kalau ada apa-apa urusan, saya akan berhubung terus dengan anak sulung saja," katanya yang juga mengakui keadaan kesihatannya semakin baik.

Terdahulu, Isma dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dik£san mengal@mi j@ngkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan pada 15 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: