29 June 2024

TIADA DUIT NAK UPAH PEGUAM - BEKAS PA ALIFF SYUKRI MENANGIS DI MAHKAMAH, AKUI TERT£KAN : "SAYA BUKANNYA ORANG KAYA... KALAU BOLEH KITA LUPAKAN PERKARA INI"



"Disebabkan saya tiada peguam hari ini (semalam), saya merayu dengan hakim beri tempoh sebulan untuk mencari peguam.
"Saya cakap pada peguam plaintif, kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, saya cuma nak hidup tenang.

"K£s ini membuatkan saya sangat tert£kan. Saya bukannya orang kaya nak upah peguam sampai makan ribuan ringgit."

Demikian ujar bekas pembantu peribadi pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Melati Abdul Ghani.

Kata Melati, dia merayu kepada hakim agar diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan khidmat peguam kerana tiada sumber kewangan yang mencukupi.

Susulan permohonan pros1ding kom1tal yang difailkan oleh Aliff Syukri dan isterinya, Melati diarah Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk melantik peguam dalam masa sebulan.

Dalam pada itu, Melati yang memberitahu nombor telefonnya dis£kat oleh isteri Aliff Syukri, berharap, bekas majikannya itu sudi memaafkan kesal@hannya serta melupakan perkara tersebut.

"Apa yang berl@ku merupakan pengajaran untuk kita, mungkin ada sal@h saya, sampai bila kita nak berg@duh dan memanjangkan perkara ini?

"Tak bolehkah kita hidup aman damai macam biasa? Saya hanya manusia biasa yang tak l@ri daripada kesal@han.

"Kalau boleh kita lupakan perkara ini dengan kita buat hal masing-masing. Kalau k£s mahkamah ini diteruskan sampai bila-bila mas@lah kita takkan selesai," tuturnya.

Difahamkan, peguam mewakili Shahida berkata, dia diarahkan anak guamnya untuk memfailkan k£s berkenaan selepas pihak defenden melangg@r pihak mahkamah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: