07 June 2024

"TIDAK HARUS SAL4HKAN SESIAPA... SAYA HARUS BERTANGGUNGJAWAB..." - SYAFIQ YUSOF SIFATKAN KEGAG4LAN FILEM 'SHERIFF' DI INDONESIA SAL4H DIRINYA



"Sent1men yang mengatakan filem 'Sheriff' tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar. Kegag@lan filem 'Sheriff' di Indonesia adalah kegag@lan saya sendiri. Tidak harus sal@hkan sesiapa.
"Saya harus bertanggungjawab atas kegag@lan ini dan perlu terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan. Saya berterima kasih kepada Indonesia kerana memberi peluang untuk filem 'Sheriff' ditayangkan di sana."

Itulah kata pengarah Syafiq Yusof, dimana dia menyifatkan tayangan filem 'Sheriff : Narko Integriti' (Sheriff) yang kurang mendapat sambutan di Indonesia bukan berpunc@ penonton di negara itu yang tidak mahu menyokong filem dari Malaysia, sebaliknya dia sendiri yang bertanggungjawab di atas kegag@lan itu.

Ujar Syafiq, sebagai pengarah, dia meletakkan segala kelemahan yang berl@ku di bahunya dan perlu berusaha untuk memperbaiki kualiti filem yang dihasilkan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mereka gemari dan mengakui filem arahannya masih jauh ketinggalan berbanding filem aksi di Indonesia.

"Rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mahu ditonton. Saya akui 'Sheriff' masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem-filem aksi Indonesia. Sekiranya sesebuah filem itu tidak laku di satu tempat, itu bukan salah penonton tetapi salah pembikin," tuturnya.

Sebelum ini, menerusi ci@pan di aplik@si X, Syafiq reda apabila tayangan 'Sheriff' di 100 pawagam di Indonesia diturunkan secara dr@stik selepas dilaporkan kurang mendapat sambutan sejak mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.

Dalam pada itu, Syafiq yang kini berada di Hong Kong bagi menghadiri sesi tayangan perdana filem itu kelmarin turut berkongsi keterujaannya apabila filem terbitan Skop Productions itu bakal memulakan tayangannya di sana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: