07 July 2024

RAHMAD MEGA TAK SABAR TIMANG CUCU SELEPAS ANAK KEDUA SELAMAT BERKAHWIN



Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak, 54, apabila anak keduanya, Farisha Eriena telah pun selamat bergelar isteri dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung semalam.
Ujar Rahmad, dia tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak perempuannya itu dek teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.

"Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.

"Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.

"Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak hal@ng mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab," tuturnya.

Difahamkan, penyanyi lagu 'Takdir Dan Waktu' ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.

Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: