03 July 2024

"SAYA RASA ITU ADALAH KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK DILAKUKAN" - ANAK SHARIFAH AINI AKUI SEDIH JUAL KEDIAMAN IBUNYA



"Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan. Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya."
Demikian ujar anak kepada Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali yang mengakui sedih dengan keputusan menjual kediaman ibunya yang terletak di Petaling Jaya.

Kata Aliff, tind@kannya itu merupakan keputusan yang terbaik serta berharap orang ramai memahami keputsannya itu, selain turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih ingat kepada Allahyarham ibunya.

"Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia," tuturnya.

Pada 2018, rumah tersebut dilaporkan diiklankan di Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi terkenal.

Baru-baru ini, rumah tersebut sudah pun diratakan pemilik baru tanah berkenaan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.

Pada ketika ini juga, kediaman dua tingkat itu dilaporkan hanya tinggal timbunan runtuhan serta dalam proses diratakan oleh pemilik baharu yang merancang untuk membangunkan projek bangunan komersial di kawasan itu.

Untuk makluman, Allahyarham Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 iaitu tiga hari selepas ulang tahun kelahirannya, 2 Julai 1953, di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun, akib@t komplik@si fibr0sis pulm0nari

Pada zaman kegemilangan pula, arwah Sharifah Aini turut mencipta nama sebagai pelakon dalam beberapa filem seperti 'Hapuslah Air Matamu' pada 1976, 'Sumber Ilhamku' dan 'Bintang Pujaan'.

Dalam nyanyian pula, Allahyarham popular dengan lagu iaitu 'Perasaan Hati', 'Mawar Putih Untuk Mama', 'Terbang Helang', 'Hapuslah Airmatamu', 'Seri Dewi Malam', 'Seribu Mawar' dan banyak lagi.

Allahyarham Sharifah Aini juga pernah menjadi 'mentor' kepada penyanyi, pelakon dan pengacara, Shiha Zikir menerusi program realiti Mentor 5 di TV3 pada 2011 dengan dinobatkan naib juara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: