27 March 2026

ABANG HIDAP KANS£R DAR4H - NOURUL DEPP MOHON DOA, LUAH RASA HILANG KATA-KATA



"Hilang kata-kata bagi seorang seperti saya yang mudah meluahkan kata-kata. Apabila sampai ujian yang satu ini, saya punah dan pasrah.
"Abang saya yang satu ini adalah abang yang kami sayangi. Ya Allah, berikan kesembuhan kepada Mohamad Rizal Ab Wahab yang diduga dengan kans£r dar@h."

Itulah tulis penyanyi Nourul Depp, 49, menerusi hantaran di media sosial, di mana dia berkongsi rasa hiba selepas menerima perkhabaran duka mengenai kesihatan abang tercinta, Mohamad Rizal Ab Wahab yang disahkan menghidap kans£r darah.

Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab yang kini menetap di Bali, Indonesia itu meluahkan rasa hilang kata-kata, selain berkongsi em0sinya yang tidak stabil sejak dua hari lalu memikirkan dugaan berat yang menimpa keluarganya.

"Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan rasa ini. Dua hari yang amat sukar bagi saya. Banyak cab@ran. Ya Allah, permudahkan urusan kami. Amin," tutur pelantun lagu 'Kerana Terluk@' itu.

Dalam pada itu, Nourul menerusi hantaran sama turut menitipkan kata-kata semangat buat Mohamad Rizal dan berharap abangnya kembali pulih demi memenuhi impian mereka untuk beribadah dan bercuti bersama.

"Lekas cergas, abang. Kita hendak ke Mekah bersama dan kita hendak 'ride' di Bali nanti," katanya yang juga menyertakan emoji sedih.

Perkongsian Nourul itu dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada pengikut serta rakan artis yang mendoakan agar urusan rawatan abangnya itu dipermudahkan dan diberikan kesembuhan segera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: