27 March 2026

FYNA JEBAT TUNGGU MASA SESUAI ULAS ISU 'DISIMPAN' SELAMA EMPAT TAHUN - AYDA JEBAT ENGGAN MASUK CAMPUR, MOHON DOA TERBAIK



"Dia (Fyna) bukan budak-budak lagi. Dia pun sudah 33 tahun. Jadi, apa yang dia lakukan, dia tahu kesannya. Tetapi, saya bukan orang yang sesuai untuk mengulas mengenai perkara ini.

"Bagi saya, kalau apa-apa pun, saya mohon kita doakan yang terbaik untuk dia dan suami. Saya pun dapat tahu daripada adik-beradik yang lain."

Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, di mana dia mendoakan yang terbaik buat penyanyi Fyna Jebat selepas adiknya itu memuat naik satu hantaran di media sosial, mendedahkan bahawa dirinya 'disimpan' selama empat tahun oleh seseorang.

Enggan mengulas lanjut mengenai situasi rumah tangga adiknya itu, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, menganggap Fyna sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan adiknya yang kini sibuk dengan kehidupan sendiri dan kali terakhir mereka bertentang mata adalah pada hari pertama Aidilfitri, Sabtu lalu.

Klik untuk gambar besar

"Kami ada berjumpa selepas beberapa bulan tidak saling menghubungi. Kali terakhir bertemu adalah pada hari pertama Aidilfitri, ketika saya berada di kediaman mentua saya.

"Waktu itu, macam tidak ada apa-apa berlaku. Selepas pertemuan itu, kami tidak berhubung," kata penyanyi lagu 'Pencvri Hati' itu yang memilih untuk tidak mengulas mengenai kenyataan yang dikongsikan adiknya sebelum ini.

Sementara itu, Fyna menunggu masa sesuai untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pendedahannya berhubung tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa 'menyimpannya' selama empat tahun.

Jelas Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, buat masa ini, dia sedang sibuk menguruskan anaknya dan belum berkesempatan untuk ditemu bual pihak media.
"Sekarang saya sedang menguruskan keluarga. Saya akan berbual sekiranya berkelapangan," tuturnya ringkas ketika dihubungi.

Sebelum ini, k£coh apabila Fyna yang juga peserta pr0gram Famili Duo bersama Ayda itu mendedahkan pengalaman g£tir membesarkan anaknya yang berusia dua tahun.

Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial, Fyna juga mendakwa dirinya 'disimpan' oleh seorang individu selama empat tahun, selain juga bertanya, sampai bilakah dia akan menjadi 'simpanan'.

T£gas Fyna, isu tersebut akan diselesaikan melalui saluran mahkamah pada April ini dan memberi am@ran kepada individu terbabit supaya tidak mempermainkan keadaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: