"Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke ke... baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh."
Itulah kata abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, di mana dia seakan-akan memberi bayangan mengenai status hubungan adiknya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Tindakan Space Dollah atau nama sebenarnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, meluahkan rasa penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Bella ke dalam keluarga mereka itu telah mendapat perhatian ramai.
Selain itu, semasa melakukan siaran langsung di media sosial, Dollah turut berkongsi keterujaannya apabila menerima hadiah daripada Bella, malah dia juga terlihat gembira melihat kelakuan Bella terhadap ibunya semasa menyambut hari raya bersama tempoh hari.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang dia bagi saya hadiah. Terima kasih banyak, Bella," ujarnya lagi dalam satu perkongsian dan ia sekali gus mengundang perhatian ramai yang mula membuat sp£kulasi mengenai hubungan rapat antara Bella dan Syed Saddiq.
Rata-rata netizen mendoakan dan menantikan khabar gembira dari pasangan yang digelar BASS itu.
"Ada ura-ura beritahu BASS bakal bertunang 28.3.2026 ini, betul ke tarikh itu? Yang pasti Space Dollah dah spill the tea."
"Macam dah tak boleh tahan nak meluahkan sesuatu. Tapi sabar, kami tak sabar untuk esok."
"Kelakar Dollah ini, nampak berat sangat tanggungjawab nak simpan rahsia itu," antara komen-komen yang ditulis oleh netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment