"Selamat ulang tahun isteriku tercinta. Semoga selalu diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.
"Terima kasih sebab menjadi isteri dan ibu yang baik dalam keluarga kecil kita.. I Love You."
Itulah tulis pelakon Aidil Aziz menerusi media sosial, di mana dia memuat naik gambar serta video meraikan hari lahir isterinya, pelakon Fasha Sandha yang ke-42 tahun hari ini.
Meninjau ke ruangan komen, Fasha tampil membalas ucapan suaminya itu dengan mengatakan dia tersentuh kerana pertama kali meraikan hari lahirnya itu tanpa anak-anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Hmmm 9 kali (sejak 2018) bermakna 9 tahun dah u meraikan birthday I.... Macam... Betul ke? 9 tahun? Lamanya?
"Hmmm tapi ini semua pinjaman yang kita harapkan pinjaman Allah ini kekal. Terima kasih kerana menerima kekurangan I, kegilaan I, thanks atas doa-doa yang baik dan restu U.
"SYUKUR, diatas segalanya. Semoga kita terus bersederhana dan bahagia cara kita. Love you," tutur Fasha.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


















No comments:
Post a Comment