Baru-baru ini, seorang pengguna Thr£ads telah memuat naik satu hantaran yang menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai jumlah harta dimiliki bapa kepada penyanyi Mizz Nina iaitu Tan Sri Azman Hashim.
Dalam perkongsian itu, individu tersebut turut memuat naik paparan daripada Forbes, sekaligus mendedahkan anggaran kekayaan Pengerusi Kumpulan AmBank itu, di mana ia mencecah RM4.7 bilion.
"Kaya betul ayah Mizz Nina. 4.7 bilion net worth. Tu kalau withdraw 1 juta sebulan pun, 400 tahun baru habis. Tapi tak hairan la pendapatan mereka adalah sah dan diisytiharkan," tulis individu itu.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan mengenai kebajikan keluarga itu termasuk peranan Yayasan Azman Hashim dalam menyediakan biasiswa kepada pelajar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment