06 January 2015

EMMA & ZIZAN PUTUS CINTA - KALI INI BENAR-BENAR?



Awalnya kami macam tak percaya dengan kisah putus cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang dipaparkan media. Maklumlah... masing-masingkan 'pandai berlakon' dan hubungan mereka pun nampak macam okey je selama ni.

Bagaimanapun, berita kali ini nampak macam real pula apabila khabarnya hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Dakwa si pembawa berita, si perempuan sudah tawar hati dengan pihak lelaki. Apa cer?

Malah Utusan Malaysia juga melaporkan semalam yang Emma Maembong sendiri telah meminta Zizan supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi. Itu lapor Utusan la.

Klik gambar untuk size besar


05 January 2015

RAHSIA 21 TAHUN - ZARINA ZAINUDDIN AKHIRNYA DEDAH WAJAH SUAMI & MADU



Setelah ditangguhkan kerana banjir, kini pelakon Zarina Zainuddin tampil mendedahkan wajah suami dan madunya yang hampir 21 tahun dirahsiakan. Nah... sekarang barulah tiada rahsia lagi! Heh.

Untuk makluman, suami Zarina bernama Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan mereka nikah ketika usia Zarina 22 tahun. Seperti yang kita sedia maklum, Zarina merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Dr. Abdul Raihan dan madunya bernama Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor.

Menurut Zarina, sebelum hasratnya yang ingin berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan, dia sendiri telah pergi meminta izin daripada isteri pertamanya.

Madu Zarina - Klik gambar untuk size besar


GEGAR VAGANZA AKHIR - AYAI (ILLUSI) RANGKUL RM100,000



Penyanyi kumpulan Illusi yang pernah popular sekitar awal 90-an, Ayai diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.

Dengan kemenangan itu, Ayai berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM100,000 dan sebuah trofi.

Ternyata, lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya (berduet dengan Rahmad) membawa tuah kepada Ayai. Ia sekaligus berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist.

Klik gambar untuk size besar


04 January 2015

13 GAMBAR - HANEZ SURAYA SAH BERTUNANG DENGAN ROMIE



Akhirnya segala spekulasi mengenai Hanez Suraya dengan Romie Razin Adilha terjawab sudah. Seperti yang kami war-warkan, Hanez dan Romie selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka malam semalam.

"Ya... kami baru saja bertunang tadi. Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.

Dalam majlis tersebut, Hanez mengenakan busana berwarna putih dan Romie pula memakai baju berwarna merah muda dan berseluar jeans.

Klik gambar untuk size besar


03 January 2015

BERTUNANG HARI INI - APA KOMEN HANEZ SURAYA



Memang hangat apabila cinta Hanez Suraya didakwa kembali bertaut dengan kekasih kontroversinya Romie. Lebih hangat ialah apabila mereka berdua didakwa makan bersuap dan gambar mereka berjaya dirakam secara curi.

Malah gosip pertunangannya hari ini di bandar Seremban dengan Romie menambah kontroversi sedia ada apabila ramai yang percaya bahawa cinta Hanez dan Romie sudah putus.

Bagi mengupas kebenaran gosip ini, jom kita ikuti temubual media dengan Hanez.

Klik gambar untuk size besar


02 January 2015

HANEZ SURAYA & ROMIE BERTUNANG ESOK?



Ingatkan sudah berakhir gosip hangat antara Hanez Suraya dan kekasih kontroversinya Romie, namun terkini, timbul pula gosip baru apabila pasangan ini didakwa akan melangsungkan majlis pertunangan di bandar Seremban, Negeri Sembilan pada 3 Januari 2015 (Sabtu).

Malah Hanez ketika dihubungi oleh media tidak menafikan atau mengiyakan berita tersebut dan enggan memberikan komen lanjut.

Klik gambar untuk size besar


HOS SOLO NONA TV3 - FOUZIAH GAUS GANTI NEELOFA & FARA



"Happy New Year 2015!! Salam Maulidur Rasul.. Syukur Alhamdulilah permulaan tahun baru 2015 yang cukup indah.. Semoga perjalanan tahun baru ini lebih bermakna. Saya mengharapkan sokongan yang positive dari anda.. Segala kekurangan akan saya belajar dari masa ke semasa untuk yang terbaik buat penonton Nona tv3," demikian kata Fouziah Gous yang terpilih menjadi hos Nona TV3 bagi tahun 2015 secara solo bagi menggantikan Neelofa dan Fara Fauzana.

"Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.

"Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.

Klik gambar untuk size besar