19 November 2013

5 GAMBAR - BETTY BENAFE, 'MATERNITY PHOTOSHOOT'


Macam-macam cara artis kita sekarang untuk mengabadikan kenangan ketika hamil. Ada yang membuat Baby Shower, ada yang membuat doa selamat dan ada juga yang mengupah jurugambar untuk merakamkan detik-detik akhir sebelum bersalin itu.

Dalam hal ini, Betty Benafe dan suaminya Bruce Dargus turut teruja apabila bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Sehubungan itu, mereka telah membuat Maternity Photoshoot sebagai kenangan kehamilan tersebut yang pastinya penuh suka duka buat mereka berdua.

Klik gambar untuk imej besar...

7 GAMBAR - NORISH KARMAN & ANAKNYA MUHAMMAD HAQ


Aksi menarik anak Norish Karman yang bernama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Wahhh... bukan main handsome dan bergaya rambutnya umpama penyanyi rock.

Untuk info, Muhammad lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

Klik gambar untuk imej besar...

ANAK JADIKAN FARID KAMIL LEMAH, LEMBUT HATI


Bukan mudah untuk berubah. Namun semuanya menjadi berbeza dengan kehadiran anak lelaki dalam hidup Farid Kamil pada 2 Julai lalu. Ini kerana, pelakon itu akhirnya mengakui dia kini berubah sikap, lembut hati dan tidak mudah naik angin.

"Anak lelaki saya itu telah berjaya melembutkan hati saya yang sebelum ini mudah naik angin selain menjadikan saya seorang yang lebih matang.


18 November 2013

6 GAMBAR - PHOTO PRA PERKAHWINAN ZAIN & CHE TA DI BALI


Tentu ramai yang sudah tengok gambar pra perkahwinan Zain Saidin dan Che Ta di Eropah. Tetapi kali ini, gambar pra perkahwinan mereka nampak lain sedikit iaitu dirakamkan di Bali Indonesia.

Iyalah... bakal berabis RM200,000 untuk kahwin... tentunya semua persiapan harus rapi dan nampak hebat. Malah tarikh kahwin yang hanya sebulan lebih sahaja lagi pastinya memberi debaran kencang buat Zain yang pertama kali menjadi suami.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 7


"Throwback 24 august 2013 being a young mom means we got to meet a little early and i got to love u a little longer. Some people said that my life would b over when i had u but my life just began. u didnt take away my future u just gave me a new once.. i love u son attar," kata Wawa Zainal melalui Twitternya.

Wawa berkata demikian bagi menyatakan rasa sayang terhadap bayi lelakinya yang pernah menjadi kontroversi. Paling menarik, dia juga telah berkongsi sekeping gambar 'dihari kelahiran' anaknya itu dengan peminat.


KONSERT AKHIR AF2013 - BILA KEMERIAHAN TIDAK MENJADI


Tiada kelebihan pada program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang awalnya dikhabarkan mempunyai pelbagai kejutan dan kononnya terbaik berbanding AF sebelumnya. Malah pada peringkat akhir semalam, segala-galanya hambar sekaligus membuat ramai menggigit jari kerana menghabiskan masa menonton rancangan yang 'indah khabar dari rupa' itu.

Kemenangan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani menjadikan AF2013 seolah rancangan yang mudah diteka pemenangnya. Malah kemenangan Azhael di tempat kedua juga menjadikan AF2013 seperti tempat kitar semula yang memusnahkan harapan peserta lain.


17 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 6


Gelagat Fizo Omar yang sudah memulakan tugas selepas berkahwin baru-baru ini dengan Mawar Abdul Karim.

"Back to work.. heading to hotburger malaysia HQ setapak," ujar Fizo yang sebelum itu sempat bermain futsal dengan rakan-rakannya.