Thursday, April 08, 2010

NIA RAMADHANI NIKAH BILLIONAIRE

Perkahwinan antara Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie diistiharkan sebagai yang termahal dalam sejarah artis Indonesia. Sejumlah US10juta (kira-kira RM36juta) telah dibelanjakan untuk majlis tersebut yang dilangsungkan secara meriah.

Lebih mengejutkan, cincin perkahwinan mereka juga diperbuat daripada berlian yang mengandungi darah mereka berdua. Memang pelik... tapi benar!


Klik untuk imej besar..!








Video pernikahan:



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK ARNI NAZIRA

Arni Nazira, bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Awie telah mengadakan Majlis Cukur Jambul anaknya baru-baru ini.

Arni Nazira telah bernikah kali kedua di Masjid Sultan Zainal Abidin dengan Wan Hazrie pada 2009. Sebelum itu, Arni mempunyai dua orang anak bersama Awie (mereka bercerai akhir tahun 2006) iaitu Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7.

Bagaimanapun, sejak berkahwin baru, Arni kelihatan tidak begitu aktif lagi menyanyi seperti dulu. Antara lagu yang meletop nyanyiannya ialah lagu tema drama bersiri Cinta Antara Benua.



Klik untuk imej besar...




















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Wednesday, April 07, 2010

AFDLIN SHAUKI - JANGAN LAYAN RAFIQIN..

Pelakon, penyanyi, pengarah dan pelawak tersohor Afdlin Shauki mencadangkan agar orang ramai jangan melayan sangat karenah Rafiqin Darwisy, budak 14 tahun yang menghina arwah Din Beramboi. Menurut Afdlin, sememangnya perhatian seperti itulah yang dimahukan oleh Rafiqin dan semakin banyak orang bercakap, maka semakin menjadi-jadi sikap budak tersebut.

Tambah Afdlin yang dipetik melalui Facebook, janganlah kita semua tertipu dengan permainan tersebut.

"Ada balasan yang menanti beliau yang akan ditentukan Tuhan. Biarlah Allah SWT yang menentukannya kerana Dialah yang Maha Penentu," jelasnya.

Bagaimanapun, kenyataan Afdlin itu disanggah oleh seorang hamba Allah melalui sebuah forum yang mendakwa kelakuan seperti itu tidak boleh dibiarkan. Dakwanya jika dibiarkan, ditakuti ia akan bertambah buruk dan selepas ini tiada yang rasa takut atau hormat kepada arwah orang yang baru meninggal.

"Nabi Muhammad s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan, maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman"," ujar hamba Allah yang tidak ingin dikenali itu dengan penuh semangat.


Pesanan Afdlin dalam Facebook: klik untuk imej besar dan jelas



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Tuesday, April 06, 2010

GAMBAR KAHWIN KEVIN ZAHRI...

Meskipun hanya sekeping, namun gambar ini membawa seribu makna pada peminat Kevin Zahri dan tahniah diucapkan. Semoga perkahwinannya dengan Rio Elani kekal bahagia hingga ke anak cucu...


Klik untuk gambar besar..!




Kevin Zahri & Rio Elani dinner montage + nikah video



http://www.youtube.com/watch?v=ETwtpeKMRHw


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

AKSI JEJAI DAN ANAK...

Bak kata orang, anak adalah penyeri dalam sesebuah keluarga. Kerana anak, ikatan yang putus boleh dirapatkan kembali... hati yang terluka mampu sembuh sedikit demi sedikit.

Begitulah aksi Jejai bersama anaknya yang digelar Payong oleh Datuk dan neneknya itu. Kemesraan mereka kelihatan tetap utuh walaupun pelbagai kontroversi dan gosip datang melanda!


Klik untuk imej lebih besar..!






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

RAFIQIN DARWISY DAKWA BUKAN ISLAM..!

Budak 14 tahun, Rafiqin Darwisy, kini menimbulkan kontroversi dan persoalan baru apabila mendakwa dia sebenarnya bukan beragama Islam.

"Aq (Rafiqin Darwisy) orang Sabah dan agama Khadazan, jadi sudah jelas Aq bukan Islam," demikian ujar budak tersebut dipetik sebagai berkata daripada Facebooknya.


Wajah Rafiqin seperti yang
tertera dalam Myspacenya...


Pengakuannya itu timbul lantaran tekanan hebat daripada orang ramai yang berang kerana keceluparannya menghina arwah Din Beramboi di dalam Facebook pelawak tersebut. Meskipun Rafiqin Darwisy telah meminta maaf dan menyedekahkan Al-Fathehah, namun tanda-tanya tetap timbul tentang keikhlasannya berbuat begitu.

Tambah-tambah sebelum ini dia mendakwa sebagai malaikat yang diutus tuhan untuk menghentam arwah Din Beramboi dan kini mendakwa bukan Islam pula. Dan jika bukan Islam... bagaimana dia boleh menyedekahkan Al-Fathehah untuk arwah?

"Dia ni budak Kuantan, Pahang dan bersekolah di Indera Mahkota. Maklumat ni saya dapat daripada Facebook dan Myspace dia sendiri. Tak tahulah jika tuan punya Facebook dan Myspace itu menyamar sahaja. Tapi yang pasti, dia sudah tukar gambar dan set 'private' bagi kedua-dua laman tu," dakwa peminat Din Beramboi yang enggan dikenali yang menjadi pelawat terawal Facebook dan Myspace Rafiqin Darwisy.

Link ke Facebook Rafiqin Darwisy adalah: http://www.facebook.com/profile.php?v=wall&ref=mf&id=100000267546789

"Kalau dia benar-benar ikhlas nak minta maaf, dia seharusnya menemui keluarga arwah dan meminta maaf pada mereka. Ni tidak, sebaliknya dia hanya ucap dalam Facebook dan banyak berdolak-dalih tentang status agamanya," tambahnya lagi.


Petikan kata-kata Rafiqin Darwisy sebelum ini di Facebook:
Klik untuk imej lebih besar dan jelas





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Monday, April 05, 2010

AKHIRNYA RAFIQIN MINTA MAAF...

Akhirnya Rafiqin Darwisy, budak 14 tahun yang menghina arwah Din Beramboi dengan kata-kata menyakitkan hati meminta maaf dan menyedekahkan Al-Fathehah kepada arwah Din Beramboi. Namun persoalannya sekarang, mungkin dia berbuat begitu setelah mendapat tekanan daripada beribu peminat, pelawat dan umat Islam yang menzahirkan kemarahan padanya?

Atau dia sememangnya ikhlas berbuat begitu setelah puas menghina hingga membubuh link laman porno yang didakwanya sebagai video arwah. Dalam hal ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui... Allahualam!!

Facebook Rafiqin Darwisy http://www.facebook.com/profile.php?v=wall&ref=mf&id=100000267546789

Klik untuk imej lebih jelas!



Klik untuk imej lebih jelas!




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

GEMPAR: BUDAK HINA ARWAH DIN BERAMBOI

Menurut seorang hamba Allah yang enggan dikenali... dia amat terkejut apabila ada seorang budak berusia 14 tahun menghina Arwah Din Beramboi dalam Facebook pelawak tersebut. Berikut disiarkan petikan kata-kata Rafiqin Darwisy itu yang amat kurang ajar dan mengaibkan orang yang telah tiada...








Wajah budak 14 tahun yang didakwa memaki Arwah



Klik untuk ke Facebook Din Beramboi


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

KEPUTUSAN ABPH 2009


Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Haji Nawawi

Anugerah Pengacara TV Wanita PopularFara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki PopularFaizal Ismail

Penyampai Radio Wanita PopularFara Fauzana

Penyanyi Duo/Artis BerkumpulanBunkface

Artis Komedi Lelaki PopularNabil Raja Lawak

Artis Komedi Wanita PopularNoorkhiriah

Artis Baru Lelaki PopularBlack Mentor

Artis Baru Wanita PopularYunalis Zarai

Pelakon TV Lelaki PopularRemy Ishak

Pelakon TV Wanita PopularTiz Zaqyah

Artis Nasyid PopularRabbani

Penyanyi Lelaki PopularAizat

Penyanyi Wanita PopularSiti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki PopularQue Hailar

Pelakon Filem Wanita Popular Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Khatijah Ibrahim

Anugerah Bintang Paling Popular 2009 (dengan 225,000 undi): Datuk Siti Nurhaliza









Photo credit: stailista


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...