Saturday, April 17, 2010

GADIS RUSIA TEGILAKAN TOMOK?

Juara One In A Million musim ketiga, Tomok yang kini sedang menjalani penggambaran di Dubai untuk filem sains fiksen 'Mantera', yang digandingkan dengan seorang aktres muda dari Rusia didakwa terbabit dalam 'cinta syok sendiri'.

Klik untuk imej besar...


Segalanya bermula dengan kisah yang kononnya perhubungan Tomok dan gadis Rusia tersebut bukan sekadar sahabat, malah sudah mesra di dalam dan di luar set. Bagaimanapun, yang menaruh hati bukanlah Tomok... tetapi pelakon Rusia yang mengatakan dia tertarik dengan ketampanan Tomok.

Lebih menarik, menurut sumber... gadis Rusia tersebut juga selalu mengajak Tomok keluar berjalan-jalan namun Tomok tidak begitu melayannya. Jika benar, ia bolehlah diibaratkan seperti 'cinta bertepuk sebelah tangan' kerana sifat dingin Tomok yang kemungkinan pernah dikecewakan. Allahualam..!

Klik untuk imej besar...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Wednesday, April 14, 2010

GAMBAR ERRA SEMASA UMRAH...

Gambar ini dirakam pada 8 April 2010, ketika Erra Fazira melakukan Umrah di Tanah Suci. Bagaimanapun, tidak diketahui dengan siapa Erra pergi dan sama ada beliau sudah kembali ke tanahair atau belum? Yang pasti, Erra nampak manis bertudung... bagaikan budak sekolah layaknya!


Klik untuk imej lebih besar...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Tuesday, April 13, 2010

KERANA DARWISY - RAKAN SEKOLAH MALU..

Budak 14 tahun yang menghina surah AL-Fatihah, mengaku Malaikat yang diupah Allah untuk mengutuk arwah Din Beramboi dan kemudian mengaku bukan Islam kembali bersekolah di SMK. Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang semalam. Perkara ini dihebahkan oleh penuntut yang bersekolah di tempat yang sama di dalam Facebook rasmi mereka di mana Rafiqin Darwisy bersekolah.

"Hari ni, Rafiqin datang sekolah, awal-awal dah kena panggil dengan cikgu badaruddin," tulis seorang pelajar di Facebook sekolah yang dikenali sebagai Hanis Faizurin.

"Macam tak percaya je student bakal sekolah aq buat macam ini. Tukar sekolah lain la pulak. Sorry to say... but budak ni buat malu warga panglima perang je," tulis salah seorang pelajar lain pula.


Klik untuk melihat imej besar dan jelas...

Terdahulu, Rafiqin yang pernah menghina dan kemudian meminta maaf, didakwa oleh ramai pihak tidak ikhlas kerana tidak sampai 20 minit pengakuan maafnya itu dia didakwa membuat perangai lama. Malah yang paling diragui, dia tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga arwah.

"Selepas hal dia ni terdedah kat sekolah, beberapa hari dia tak pegi sekolah. Hal ni disahkan oleh pelajar-pelajar dan rakan kelas. Dia memang asal orang Kuantan Pahang... yang status kat Kelantan. Sementara Sabah tu, dia tipu je... mungkin dah gelabah.

"Semakin kurang ajar nampaknya budak ni... maka telah ade yang buat laporan polis. 3 laporan telah dibuat, laporan kepada JAIP pun telah dibuat... budak ni dalam perancangan siasatan pihak JAIP. Kemudian akan disiasat dalam kes POLIS dan laporan kepada pihak SKMM pun telah dibuat, kes dalam perhatian," demikian dakwa seorang forumer dalam sebuah forum popular. Allahualam!

Facebook sekolah Rafiqin boleh dilayari di URL ini: http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=18006696942

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Sunday, April 11, 2010

GAMBAR MEMORI DIN BERAMBOI...

Memori Din Beramboi: 22 Dec 1966 - 2 April, 2010.


Klik untuk imej besar..











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...