Tuesday, April 20, 2010

AZIZ M. OSMAN AKHIRNYA BERTUNANG

Akhirnya setelah sekian lama menduda, Aziz M. Osman, 48, melangsungkan pertunangan dengan Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras. Puteri Sarbainun atau lebih mesra dengan penggilan Puteri Lily, merupakan anak kepada pelakon dan pengarah Lokman Ghani.

Ibu Aziz, seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam (18 april). Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan jumlah wang hantaran dan hanya memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.

“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz dipetik sebagai berkata selepas majlis pertunangan tersebut.







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Monday, April 19, 2010

KENANGAN ACHIK SPIN...

Tiap yang mula, pasti akan berakhir... begitu jua dengan Achik Spin yang meninggal dunia dalam kemalangan. Namun begitu, kenangan yang ditinggalkan Allahyarham tetap segar dalam ingatan. Al-Fatihah...


Klik untuk imej besar...


















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...